ADA APA DENGAN ROOTBEER FLOAT

Ok…berbondong-bondong pertanyaan dan telahan rambang yang dibuat mengenai aku dan rootbeer float. Dan yang terbaru…salah seorang penagih RUFFIAN, A bertanya dalam mesej
"Kaki betul kamu dengan rootbeerfloat eh?nape eh?mysterious"
Kepada A dan semua yang bertanya…kenapa rootbeerfloat?
Yang sebenarnya aku sendiri pun tak tahu celah bedah mana datangnya rootbeerfloat dalam hidup nihilis aku…tapi seingat aku riwayat aku dengan rootbeerfloat bermula begini…
Lebih sepuluh tahun dulu, aku seorang budak melayu bohemian, atipikal, optimistik pada poin untuk menghayati setiap detik dan hela nafas dalam hidup aku…asal dari kampung…ok pekan kecil bernama Sungai Besar yang jauh dari cabulan pencemaran alam dan budaya pongget dimana penduduknya ikhlas bermasyarakat, bergotong-royong, jual nasi lemak berharga 50sen dan seringgit, berkenduri tahlil rumah ke rumah sebelum dihidang dengan air sirap tahlil yang selalunya tampak pudar dan tawar(sebab kebanyakan yang bertahlil tu orang tua berkencing manis)…jauh dari join upscale dan rutin fasism juga terhindar dari amalan bourgeoisie pongget…bukan macam kampung sekarang…penuh Mat Rempit yang menyimpan cita-cita dipilih untuk terjun kutub utara…pfffttt
Dalam masa itu juga keluarga aku selalu bertandang ke bandar iaitu di Wilayah Subang Jaya, biasanya akan bermalam di rumah Pak Andak aku di sebuah kondominium kakitangan Bank Negara…
Zaman itu, dalam corpus colloseum aku dah meletakkan fakta bahawa
(1) Bandar = Rumah Pak Andak dan sekitarnya
(2) Kampung = Rumah aku dan sekitarnya
Jadi, bila aku pergi ke tempat lain, makanya aku akan beza dan bandingkan dengan skala di atas…kalau tempat itu lebih mirip kepada (1) maka itu bandar…sebaliknya jika mirip (2) maka kesimpulannya itu kampung…mudah untuk minda bohemian aku tatkala itu…pada aku itu sifirnya
Pusat membeli-belah yang pertama sekali aku jejak seingat aku sewaktu bergelar budak bohemian adalah Subang Parade…pada aku Subang Parade adalah pintu masadepan untuk mengenal dunia pongget bourgeosie…bila aku masuk ke dalamnya…tengok orang makan…*dalam hati*
"Oooo macam ni orang bandar makan"
Bila tengok budak-budak mukus belum kering bergaduh di tempat videogame tingkat atas…*dalam hati*
"Ooo macam ni orang bandar bergaduh"
Satu hari bila aku masuk Toysr’us…aku tengok budak main motor polis trafik berkuasa eletrik…*dalam hati*
"Oooo ni tempat budak bandar main"
aku tahan dia…aku usir dia…aku naik motor sambil buat aksi polis trafik sebelum aku terlanggar susunan tinggi patung-patung Barbie dan menyembah bumi…oh ya dan kena tarik telinga dengan bonda aku…pfffftt
Diringkaskan cerita, aku mula mengenal bandar dan amalan bougeosie sedikit sedikit aku serap ke dalam jiwa nihilis aku…cuti panjang…aku pergi parttime di TGI Fridays Subang Parade, sebuah restoran dan bar…jadi tukang cuci pinggan mangkuk(dishwasher)…tempat kerja yang sangat bagus…masa tu aku tak fikir langsung yang mereka jual alkohol tu adalah satu dosa pada aku…yang penting aku dapat duit…malahan aku sangat kagum dengan kemahiran brader-brader bartender yang melambung-lambung gelas bir ke sana ke mari dengan rambut rebonding berikat mereka LOL:b
Macam orang lain yang bekerja, masa dapat gaji adalah masa yang paling dinanti dalam perlumbaan tikus mengejar harta dunia
Dan bila dapat duit gaji…aku selalu akan beri ganjaran untuk hidup dan badan aku yang letih bekerja…di sinilah bermulanya cinta pandang pertama aku dengan rootbeerfloat…zaman aku restoran makanan segera paling tip-top dalam minda aku adalah A&W…sebab keluarga aku pun bila bertandang ke rumah Pak Andak aku ni…mesti akan makan di A&W…sambil belanja famili Pak Andak aku sekali…biasalah…politik ni semua…pffftttt
Amalan ini dah jadi set minda aku…semacam ada satu bisikan halus berwajah pernyataan
"Kalau gembira…mesti pergi makan di A&W" dan tatkala aku di A&W…tak lain tak bukan hidangan wajib pesan aku adalah minuman paling sedap dalam dunia
‘ROOTBEERFLOAT A&W‘
Dan bila aku dapat gaji mencuci pinggan mangkuk…tempat pertama aku tuju adalah A&W yang tak jauh dari kondo Pak Andak aku…sedut puas-puas Rootbeer Float ke dalam ruang badan aku sambil senyum sorang-sorang…mungkin sebab tu jugak aku belajar susah nak pandai kot…kecik-kecik dah sedut rootbeerfloat hasil jualan alkohol…pfffttt
November 11th, 2007 at 5:12 pm
perh..baru2 nie pn after raya aku g A&W..
minuman setia aku ngn awek aku..rootbeerfloat..=P
November 11th, 2007 at 5:20 pm
eh lupa plak lg satu..
TQ bebanyak ruffey dtg open house umah aku ae 2..havoc gla..n klakar gla tgk korng pnuh satu VAN.13org satu van..bhimpit2..hehehe
tpi korng mmg best..TQ 2 all..
November 13th, 2007 at 2:16 am
lol..pnjg nya jwpn..xpe2 msih lg dlm skema jwpn..x kuar tjuk..;)
November 23rd, 2007 at 4:48 am
jgn risau bro..skang minuman tuh leh didapati dalam bentuk botol…dapatkan dengan segera di kedai2 runcit, petronas or 7E yg berdekatan eh..
December 25th, 2007 at 10:11 pm
nice explanation..
hee~(^_^)
plus one of my favorite too..