PBTPongget
Ramai yang bertanya kenapa tiada lagi cerita dalam RUFFIAN…sabar semua. aku manusia melayu atipikal yang bukan prodigy…dan kini juga aku seorang proletarian…tak punya apa…aku menulis bukan bila orang mahu baca…aku menulis bila ada drama, peristiwa, tragedi, pemerhatian, rembesan corpus collosum yang cukup kiri dan kanan otak disokong neuron-neuron radikal dan retarded by fucking smoke and wacky tobacky
Tapi terima kasih juga kepada RUFFIAN yang setia menunggu dan ambil tahu dan ambil berat tentang perihal ketiadaan entri…kamu sungguh caring
"Caring is sharing is blessing"
Yang sebenarnya di kala ini…jiwa nihilis aku diselubungi kesedihan, kerunsingan, kacau, kerisauan dan paranoid tahap tinggi…kenapa?
Seperti yang aku khabarkan dalam entri sebelum ini…aku sedang melalui minggu peperiksaan yang aku sifatkan sebagai Konspirasi Pengkelasan Bourgeosie…kalau dalam keputusan peperiksaan kamu ada huruf ‘A’ (A untuk Asshole) maksudnya kamu bijak, perkasa, warga negara yang baik, kasta tinggi, fucking Bourgeosie, hafal rukunegara, islam hadhari, harapan bangsa dan mulia…kalau kamu takde huruf ‘A’ makanya kamu buangan, picisan, bodoh, sengal, selenge, senggugut…ok kecuali senggugut..
Dan aku mangsa konspirasi ini…tempoh hari aku terpaksa melalui satu seksaan maha dahsyat bernama Persamaan Beza Terbitan…kertas periksa kedua smester ini…tapi aku gelarkan sebagai PBTPonggget…menelaah bagai nak gila…macam takde esok…hafal semua fucking formulas and method…conteng semua apa yang penting dengan Artline Merah…oh ya dan Permanent type…ke atas helai-helai kertas A4 yang bonda aku payung tatkala sesi ‘Mari Membeli-belah Bersama Keluarga‘ di Kedah tak lama dulu…
"So do you want anything?"
kata bonda aku sebaik kami melangkah ke dalam gedung Tesco yang dibina atas tanah orang kampung yang terjual akibat ketamakan harta manusia
"Nak beli A4 paper la…boleh?"
jawab aku…tengoklah tu…bonda aku tanya nak apa…sepatutnya aku boleh sebut nak kereta ke…rumah ke…kahwin ke…tapi sebagai anak mithali yang cukup didikan tatasusila, sopan-santun, hafal rukun islam dan rukun iman…aku cuma mintak kertas A4
"Ok" jawab bonda sambil menghulur kepingan wang bertatah wajah Tunku…dengan kata lain aku kena beli sendiri…dengan kata lain aku boleh ambil duit lebih LOL:b
Tatkala aku di dalam dewan peperiksaan…menatap fucking 5 mephistopheles questions yang menyesahkan modula oblongata aku…wajah bonda aku tatkala dia menghulur wang di Tesco terbayang-bayang…teks dari ayahanda aku sebaik sahaja kertas aku yang pertama, Pengekspresan Gen tempoh hari juga menerjah halusinasi aku ketika ini…
"Son, how’s your paper?" teks ayahanda
"Great" jawab aku sejujurnya
"Great great or juz great?" ayahanda meminta kepastian dalam keraguan dan sedikit nilai skeptikal
"Great great dad" aku balas
"Good" jawab ayahanda aku ringkas
Tapi untuk PBTPongget yang ini…kalau ayahanda aku teks lagi malam ini dan bertanyakan aku soalan sama tempoh hari…apa agaknya jawapan aku harus canangkan…mungkin
ayahanda : "Son, how’s your paper?"
aku : "Owh today’s weather’s good…isn’t it?"
ayahanda : "How’s your paper?"
aku : "So when is next liverpool match eh?"
Di dalam hati aku kata…"I’m fucking dead"
2 jam setengah jantung tak berhenti berdegup laju macam dentuman dram paduan Shawn Crahan dan Joey Jordison dari Slipknot…2 jam setengah…boleh hilang nyawa aku…nasib baik aku tak sawan sambil berbuih mulut kat dalam dewan tu…kalau tak ada alasan aku re-sit paper PBTPongget ni…pfffttt
Jadi sampai sekarang….dentuman drum tu masih ada di jantung nihilis aku…risau…kacau…paranoid…macam mana aku nak hasilkan fucking great entries kan…
Sekarang bila kamu RUFFIAN baca entri ini…dongak ke langit…tadah tangan…doa pada tuhan supaya aku lulus PBTPongget sambil menitiskan air mata…jangan gelak…aku fucking serious ni…supaya nantinya takde lagi pongget-pongget yang bila jumpa aku bertanya
"Eh kau tak habis lagi eh?"
Aku berjanji nanti aku dapat scroll…aku ketuk kepala pongget-pongget ni dengan scroll aku…aku janji…aku janji

November 5th, 2007 at 2:51 am
all the best for ur exam dude=]
November 5th, 2007 at 6:46 am
Faeze
RUFFIAN baru kot?
tq dude!
jgn lupe doa dan titisan air mata dude!
November 5th, 2007 at 5:20 pm
Pek banyak2 berdoa…jgn harap orang lain doa tapi ko x doa…
pfffttt…
November 5th, 2007 at 11:14 pm
HaDie
aku dah tentu-tentu doa
da kering air mata…pfffttt
November 5th, 2007 at 11:28 pm
gudluck to ruffey!!!!!!
ada rezeki ruffey musti lulus nyer…da sume ruffian doakan ni…jgn sdeh2 ye…kuatkan smgt!yosh!yosh!
November 10th, 2007 at 8:31 am
PBT itu mmg pongget…sbgai sekutu jubah ungu yg pernah rase keperitan jawab PBT,aku akn sentiasa doakan ko pass utk PBTpongget tuh…insyaAllah k akn pass berkat doa kami2 ini =)
November 12th, 2007 at 11:14 pm
bro..gd luck..
jgn dipikir sgt mslah 2..nnti tcicir plak study ko..
November 12th, 2007 at 11:37 pm
leks rapi.. aku pon paham pbt tuh.. kalo ade prob mesti ader penyelesaiannyer.. percaye la kat aku.. xyah risau sgt.. nway, gud luck
November 13th, 2007 at 8:03 pm
don’t wori…ramai yg tlg doa…mmg azab paper tu…huhu
November 14th, 2007 at 7:54 pm
huhu..nak join komen gak..mmg gler azab paper tuh..rase nak bunuh diri pon ade mase study subjek tuh…semoga rafi lulus pbt..AMIN……
November 23rd, 2007 at 4:59 am
ruffey aku mendoakan sebaliknya…
ngahaha..
xde ko kat sanctuary x best r nanti.. x merasa r nak naik van ramai2 gi xm..
x merasa nak makan masakn mls ko ngn hadi lagi..
hehe…semua yg berlaku tuh pasti ader hikmah.. kalo bukan kat ko.. pasti kat org2 sekeliling ko..
amacam? assalamualaikum x aku? ngahaha..
December 27th, 2007 at 11:56 pm
huhu..
im late..
for sure kamu dah lulus utk paper ni kn..
congrat..