PERJALANAN PEMANDANGAN
Aku sedang dalam perjalanan pulang ke kampung halaman…mahu melepas rindu dendam pada tanah air tercinta…oh ya dan sebelum sekutu-sekutu Wilayah SB aku menuduh aku mahu mengikut resam Si Tanggang…okay fucking buddies…here i come back!!!
Sekarang aku sedang menaip di dalam sebuah Pusat Berinternet di tengah-tengah Kota Metropolitan Kuala Lumpur berhampiran Puduraya…bas aku pukul 4…jadi aku luangkan masa aku untuk menyumbang pada entri ini… Tadi dalam tren aku hanya membuat personal circle (rujuk entri sebelum ini) aku dengan buat-buat tidur kerana akak berbaju putih dengan batch Lancome di sebelah dada kanan (jangan salah faham…aku bukan sengaja pandang dada dia) dan bermekap tebal ala perempuan Ampang asyik sangat memandang aku atas ke bawah ke tengah ke bawah dan ke atas semula sambil cube mengukir senyum sedikit di hujung bibir berkilatnya…aku? tersipu-sipu lah aku dek kerana diratah oleh pandangan rakus akak sorang ni…jadi sebagai lelaki melayu atipikal yang pemalu dan tak berminat pada perempuan bermekap tebal…aku pun buat-buat tidur…biarkan akak itu selesa meratah mana dia berkenan…jangan terkam aku sudah…pffftt…
p/s : kalau ade makeup Lancome lebih pos kat saye kak…boleh saya hadiahkan pada MLS
Sampai di Puduraya…macam biasa…jenuh disapa oleh brader-brader tiket…
Brader Tiket : Mane bang? Mane bang? (sambil memegang hujung lengan t-shirt Padini Carribean Spirit aku)
Aku : Sungai Besar
Brader Tiket : Uissshh besar sungai tu
Aku : *dalam hati* tuniaseng lu brader!!
selesai membeli tiket setelah puas beratur di belakang indon-indon berkulit sawo matang berkilat dengan misai ala-ala Hail Amir dan sepasang gay Bangla yang sibuk main mengusik-ngusik tetek masing-masing…fucking Homo!!!…aku bergegas mahu mengisi perut nihilis aku yang sedang mula diceroboh angin-angin Mephistopheles…aku capai FHM di sebuah kedai dalam perjalanan ke gerai makan…
Aku pesan Nasi Goreng Ayam dan ’speed’ aku…Redbull Ais
Duduk makan…akak gerai duduk di meja sebelah aku dek kerana ketiadaan pelanggan lain…dia senyum pada aku…aku senyum balik..dan disebabkan Nasi Goreng dia sedap…aku habiskan dulu nasi dan sup dan makan ayam di suapan-suapan akhir…akak gerai yang aku perasan asyik usha aku makan dari tadi bertanya…
Akak Gerai : Lor order Nasi Goreng Ayam tapi ayamnya tak dimakan? (sambil senyum sumbing)
Aku : Ish takla kak..makan makan (sambil membalas dengan senyuman masyarakat madani)
Tengoklah tu..punyalah ambil berat dengan pelanggan…sampai aku tak makan ayam pun dia risau…atau aku mungkin nampak beriman dengan tshirt Padini dan fit jeans Giordano Blues aku dan slip-on Everlast putih aku menyandang galas Ripcurl Summer Edition…jadi dia mahu jaga hati orang-rang beriman yang makan di gerainya…
Terima Kasih akak..errr boleh bagi makan free?
Ok…aku mahu bersiap siaga menaiki bas ke kampung halaman…kamu semua doakan aku dapat duduk di sebelah gadis kampung yang comel…jauhkan aku dari duduk di sebelah aci yang makan lauk kari dan nasi dalam mangkuk tingkat atau apek yang tak berhenti-henti sendawa seperti yang aku alami sebelum ini…
Tuhan tolong makbulkan doa hamba mu ini
Chow Sin Chi…
November 13th, 2007 at 12:12 am
LOrrRrr..blik kg rupanye..baru nk g amik cd kt ko..
bro..aku rsa ko duk sblh mamat rempit la..huhu =p
November 13th, 2007 at 7:07 pm
aku bese pggl bas blk tmpt kite tu ‘kuda’ disebabkan sistem suspensinye yg amat efficient….huhu..
November 18th, 2007 at 2:14 am
selamat kembali ke bangi bro….
November 23rd, 2007 at 4:29 am
ngahaha..
aku nak sanagt tau ko dok sebelah saper pastuh…
aku doakan ko dok sebelah aci yang makan lauk kari dan nasi dalam mangkuk tingkat atau apek yang tak berhenti-henti sendawa seperti yang ko alami sebelum nih..kalo bukan sang.. mayb waktu lain nnt..amin..
December 27th, 2007 at 11:40 pm
hehe..
this text remain me a lots about
my past time..
yup2..
pudu xpenah xsesak..:D