WRITER’S BLOCK
RUFFIAN…lama sungguh aku tidak berterapi
Kepala kusut berserabut…teks-teks pesanan ringkas samada melalui akaun friendster atau pengutus yahoo atau telefon tangan aku berderu-deru bertanya kemana menghilangnya lelaki melayu atipikal dengan terapinya…
Aku ada disini…sedang masih melawan mephistopheles status quo yang semakin menghimpit rutin hidup boho dan fahaman nihilis aku…aku dan status quo kini sudah menjalin satu hubungan vendetta yang dulunya dimenangi status quo…ketika aku bergelar pelajar…bilamana aku manusia terprogram dengan bunyi loceng sekolah yang memberi arahan untuk masuk kelas…rehat di kantin…keluar kelas…belajar walaupun tatkala itu aku tak rasa ingin belajar…
Kini status quo kembali lagi dalam rutin hidup aku…dengan programnya yang bukan lagi bersenjatakan loceng primitif seperti di zaman sekolah…tetapi dengan dogma masyarakat supaya orang yang sudah tamat belajar di peringkat tertier perlu punya kerja bagus dengan gaji ting tong dalam peraturan tak tertulis ciptaan komuniti terprogram oleh fucking system…untuk penuhi hati dan acuan majoriti dan untuk wang…cilaka!
Ramai juga RUFFIAN yang hadir dengan pertanyaan…
seorang gadis genit
"Sibuk sangatkah kamu ruffeey…lama sudah tidak beRUFFIAN?"
seorang bujang sunyi, Mie
"Ini untuk kamu"
seraya memberikan aku foto aku yang telah diubahsuai sebagai tanda rindu dendam
seorang lelaki tak cool yang malang
"Ruffeey…i dunno how to say this…when you write, my girl talk about it and how cool you can be in person…and when you stop writing…same thing happen"
kata aku "not my fault dude…maybe you can start writing…(on second thought) maybe not…ok juz forget what i’ve said"
seorang ustazah @ hafizah di tanah arab
"Assalamualaikum…lama tak tulis blog?" (perhatikan perkataan pertama…sungguh assalamualaikum kan)
seorang lelaki banjar atipikal
"aku rindu dengan RUFFIAN"
semua ini adalah sebahagian tanya-tanya yang mengharukan separuh jiwa nihilis aku…separuh lagi sedang perit mengalami simptom himpitan status quo dalam bentuk writer’s block mengikut saranan blogger kegemaran aku…katanya lagi bilamana dalam sesuatu hidup seorang penulis mencapai enui tertentu…akan hadir satu masa iaitu writer’s block…satu keadaan di mana kamu buntu…bukan buntu dalam ketiadaan bahan…tapi buntu dalam kerunsingan…kekeliruan…kacauan ekso dan endo (dalam kes aku : himpitan status quo)…ianya adalah satu odisi pada mana-mana struggling writer…
dan aku menyambut dengan angguk kepala tanda faham
writer’s block satu alasan…tapi tak bermakna hidup aku kini terlalu enui, jiwa mati dalam kebingungan…tidak
aku masih bijak memandikan rohani aku dengan putih hitam dunia mundane…supaya keseimbangan kosmos dalam jiwa nihilis terbela…jangan kamu semua ahli terapi aku berasa gusar…aku masih sihat di sini
aku masih mengisi rompong-rompong jiwa pelumba perlumbaan tikus aku dengan hiburan dan ketenangan di hujung minggu…apa yang aku bikin…itu cerita lain…insyaallah dalam entri yang selepas ini…
sehingga ini aku masih sihat dan masih berperang dengan musuh vendetta aku (dan mungkin juga kamu) yakni status quo…tuniaseng!!!
March 2nd, 2008 at 5:58 pm
kamu amat memahami…
hope ada lg..slamanye..
(bujang sunyi..xleh tahan..)
March 2nd, 2008 at 8:18 pm
Mie,
hehe sunyi-sunyi rogerlah aku
March 3rd, 2008 at 9:26 am
yea!!!haha..
March 19th, 2008 at 9:46 am
aku sllu roger..ko jer y xda..sob3..
mmg kesepian..pfffttt
March 20th, 2008 at 11:13 am
hu..hu..hu..
begitu asyik aku dgn kerjaya duniaku…
hingga kadang terlupe bertanye khabar kawan…
masih sihat kah semua..
@ kamu busy seperti ku…
bukan mengejar harta dunia..
tapi sekadar memenuhi kehendak yang tertulis…
bukan di “lungmahfus”..
tapi di atas kertas system buatan manusia…
kejinya aku..
ikut, taat dan patuh pada system cipataan manusia..
March 23rd, 2008 at 2:07 am
seorang tikus berkelana dalam dunia reban ayam menunggu si panjang bersantap di pinggir terusan utama ibu kota…
wat d f????
pesanan ringkas ku xberbalas…